awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera terjatuh ketika kejar penyamun

Sinar Harian
Sinar Harian
05/05/2022
23:00 MYT
Lelaki cedera terjatuh ketika kejar penyamun
Siasatan lanjut berkaitan kejadian sedang dijalankan dan orang ramai yang melihat kejadian diharap segera tampil membantu siasatan.
PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera akibat terjatuh ketika mengejar individu yang menyamunnya dalam kejadian di Damansara Perdana di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang ketika mangsa sedang berjalan menuju ke arah keretanya.
"Mangsa warga tempatan berumur 30an itu melihat suspek menendang cermin kanan keretanya sehingga pecah dan mengambil beg yang mengandungi komputer riba dan barangan peribadi miliknya.
"Mangsa kemudian cuba mengejar suspek dan berlaku pergelutan, suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri menggunakan sebuah kereta," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, mangsa yang cedera ringan akibat terjatuh ketika cuba mengejar suspek membuat laporan polis di Balai Polis Damansara kira-kira jam 4.30 petang.
"Anggaran kerugian berjumlah RM500," katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian sedang dijalankan dan orang ramai yang melihat kejadian diharap segera tampil membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Damansara Perdana
#cedera kejar penyamun
#pecah kereta
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan