BACHOK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai beberapa kali menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh seorang rakan kepada sepupunya di tepi tali air di belakang sebuah rumah di Kampung Telok Merbau Perupok di sini.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar seminggu lalu dan terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya berusia 33 tahun yang kemudian membuat laporan polis pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, pengadu diberitahu oleh anak perempuannya semasa sedang bermain dengan seorang sepupu perempuan berusia tujuh tahun di belakang rumah neneknya, apabila datang seorang lelaki tidak dikenali dalam lingkungan umur 20 tahun dengan tiba-tiba memegang tangannya.
“Suspek mengajak mangsa untuk pergi menangkap ikan di tali air belakang rumah namun tidak mengajak sepupu mangsa dengan alasan dia masih kecil.
“Semasa berada di tali air, suspek bertindak memeluk mangsa dari arah belakang dan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Ujar beliau, mangsa kemudian bertindak melarikan diri daripada suspek dan kembali bermain dengan sepupunya.
Bagaimanapun katanya, kejadian sama berlaku keesokan harinya di lokasi sama dan mangsa menceritakan kejadian kepada sepupunya sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada pengadu.
“Mangsa tidak mengenali suspek namun sering melihat suspek di rumah neneknya kerana suspek adalah rakan kepada sepupunya yang lain,” katanya.
Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Susulan itu, suspek lelaki yang berusia 20 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula pada Selasa sehingga Isnin ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKKSTKK) 2017,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 29 2022
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai beberapa kali menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh seorang rakan kepada sepupunya di tepi tali air di belakang sebuah rumah di Kampung Telok Merbau Perupok. -Gambar hiasan
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Guru didakwa tujuh pertuduhan rogol, amang seksual pelajar OKU
Seorang guru didakwa atas tujuh pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU).
Amang seksual: Peguam empat pembantu madrasah hantar representasi kedua kepada AGC
Pihak pembelaan yang mewakili empat pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah akan menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
Pemandu lori lakukan amang seksual terhadap anak dipenjara, sebat
Seorang pemandu lori dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak kandung.
Kakitangan universiti didakwa amang seksual anak tiri
Seorang kakitangan universiti didakwa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan, lima tahun lalu.
Pemandu e-hailing didakwa lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya berusia 11 tahun 10 bulan.
Amang seksual: Guru tuisyen kena penjara enam tahun, tiga sebatan
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang guru tuisyen dipenjara enam tahun dan disebat tiga kali kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, empat tahun lepas.
Pengawal keselamatan didakwa rogol, amang seksual anak kandung
Seorang pengawal keselamatan didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya berumur 15 tahun.
Amang seksual: Bapa tiri dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh yang berusia 27 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Lelaki ada kaitan dengan GISB didakwa lakukan amang seksual kanak-kanak
Tertuduh didawak melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh bahagian kemaluan mangsa.