awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikhuatiri hanyut masa seberang sungai

Bernama
Bernama
06/01/2013
12:03 MYT
Lelaki dikhuatiri hanyut masa seberang sungai
Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala abangnya terselamat selepas mereka dihanyut arus deras ketika menyeberangi sungai di Kampung Kuala Jengal, di sini, semalam.
Che Ku Amiruddin Che Ku Abu Bakar, 22, dilapor hilang setelah dihanyut arus deras ketika berenang menyeberangi sungai itu bersama abangnya, Che Ku Amar, 30, pada pukul 6.30 petang.
Sehingga petang ini, gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan anggota Bomba dan Penyelamat dari balai Bandar Al-Muktaffi Billah Shah dengan dibantu penduduk kampung.
Kedua-dua beradik itu dikatakan menyeberangi sungai berkenaan untuk meninjau jentera pengorek tanah milik ayah mereka yang ditinggalkan di seberang sungai dan mereka dilapor dihanyut arus deras ketika berenang dalam jarak 70 meter dari tebing ke tebing selepas meninjau jentera itu.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata Che Ku Amar sempat berpaut pada pokok buluh yang hanyut di sungai itu dan diselamatkan seorang pemancing yang menaiki bot gentian kaca yang kebetulan melalui kawasan itu.
Topic Berkaitan
#Dungun
#hanyut arus deras
#JPAM
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan