awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jeti

Bernama
Bernama
02/05/2025
02:30 MYT
Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jeti
Mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai semasa menuruni jeti. - Gambar hiasan
SIBU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran Jeti Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Manis, kira-kira 100 kilometer dari sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian menimpa Tan San Belati, 40, dari Sungai Mapai, Kanowit pada 1.56 pagi.
"Ketika kejadian, mangsa yang memakai seluar jeans pendek dan baju biru berkolar dilaporkan dalam perjalanan pulang ke kapal pukat tunda untuk berehat selepas bertemu rakan sekerja.
"Mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai semasa menuruni jeti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis melibatkan lima anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) yang ditangguhkan pada 3.23 pagi, bersambung 8 pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#terjatuh dalam sungai
#Jeti Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Manis
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami