Skip to main content

Malaysia

Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes curi kabel

https://www.sinarharian.com.my/article/782807/berita/semasa/lelaki-direman-tiga-hari-bantu-siasatan-kes-curi-kabel
Suspek ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -Foto Sinar Harian

KLANG: Seorang individu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes curi kabel di kawasan landasan kereta api di Kilometer (KM) 36.215 Downline Klang, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 20an itu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan.

"Suspek telah direman selama tiga hari dan kes masih dalam siasatan," katanya ringkas dalam kenyataan pada Ahad.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kegiatan seorang lelaki mencuri kabel di kawasan landasan Kilometer (km) 36.215 - Downline Klang ditumpaskan pada Sabtu.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan, kira-kira jam 1.15 tengah hari, anggota Polis Bantuan KTMB bersama Pasukan Taskforce D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat berhubung gangguan litar landasan (track occupied) ketika menjalankan rondaan.

Menurutnya, seorang lelaki kemudian dikesan dalam keadaan mencurigakan sedang merentap serta mencuri kabel di kawasan landasan.

Jelas kenyataan itu, hasil pemeriksaan menemui beberapa gulung kabel serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan itu.

 

Must Watch Video

Advertisement