awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes kematian anaknya

Bernama
Bernama
29/07/2025
00:55 MYT
Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes kematian anaknya
Menurut polis, suspek ditahan kira-kira 12.20 tengah hari pada hari sama laporan dibuat, dan siasatan awal mendapati lelaki berkenaan bebas daripada pengaruh dadah serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian anak lelakinya, yang mayatnya ditemukan di Rompin, Negeri Sembilan selepas dia membuat laporan mendakwa kanak-kanak itu hilang di Bukit Indah pada 24 Julai lepas.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu yang juga bapa kandung mangsa, pada awalnya mendakwa anaknya hilang kira-kira 4 petang, 23 Julai ketika ditinggalkan di dalam kereta semasa suspek keluar membeli makanan.
"Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut terhadap lelaki itu telah membawa kepada penemuan mayat mangsa di kawasan Rompin, Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.
Beliau berkata suspek ditahan kira-kira 12.20 tengah hari pada hari sama laporan dibuat, dan siasatan awal mendapati lelaki berkenaan bebas daripada pengaruh dadah serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 25 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.
Kes telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dilaporkan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang kanak-kanak disyaki dibunuh, sebelum ditanam di lokasi berkenaan kira-kira 4.30 petang, semalam.
Pada 26 Julai lepas, polis turut memohon bantuan orang ramai bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah kopitiam di Taman Bukit Indah, di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rompin
#reman
#kematian anak lelaki
#lelaki direman tujuh hari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan