awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki disambung reman bantu siasatan dera isteri dan 9 anak

Bernama
Bernama
07/01/2022
09:30 MYT
Lelaki disambung reman bantu siasatan dera isteri dan 9 anak
Lelaki berusia 41 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu tamat reman semalam namun polis memohon untuk menyambung reman bagi melengkapkan kertas siasatan. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian dera membabitkan isteri dan sembilan anaknya dalam kejadian di daerah Timur Laut, di sini, baru-baru ini disambung reman sehingga 10 Jan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra'ais berkata lelaki berusia 41 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu tamat reman semalam namun polis memohon untuk menyambung reman bagi melengkapkan kertas siasatan.
"Lelaki itu ditahan pada 31 Dis lepas dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini tular di media sosial seorang wanita bersama sembilan anaknya diselamatkan oleh beberapa individu dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang selepas menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental oleh suami mangsa.
Berdasarkan gambar yang tular juga mendapati terdapat kesan kecederaan melibatkan beberapa anak pasangan itu malah wanita tersebut turut mendakwa dia juga didera fizikal dan mental sehingga bertindak meminta bantuan beberapa individu untuk melarikan diri daripada suspek kerana sudah tidak tahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dera
#Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang
#pukul isteri
#dera anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan