awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan cederakan adik

Bernama
Bernama
14/10/2022
21:00 MYT
Lelaki ditahan cederakan adik
Lelaki itu direman empat hari hingga 17 Okt ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan kerana mencederakan adik perempuannya dalam satu kejadian di Taman Rakan, Kajang, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan dalam kenyataannya berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya kira-kira 1.30 pagi pada Jumaat selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 24 tahun.
Beliau berkata sebelum itu, berlaku pergaduhan ketika mangsa sedang memasak kira-kira 11 malam semalam di dapur yang terletak bersebelahan bilik abangnya.
Mohd Zaid berkata lelaki itu bertindak menarik rambut, menumbuk dan menampar bahagian muka adiknya sehingga menyebabkan kecederaan pada muka serta gigi hadapan patah.
Katanya lelaki itu direman empat hari hingga 17 Okt ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pergaduhan
#cedera
#adik perempuan
#gigi patah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan