KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki yang disyaki membelasah ibunya kerana tidak mengemaskan rumah mereka di Kampung Lindungan Sungai Way, Petaling Jaya, dekat sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata wanita berusia 44 tahun itu cedera di bahagian muka dan badan.
Beliau berkata semasa kejadian suspek yang berusia 19 tahun dikatakan bertindak mengunci pintu hadapan dan membaling barang perhiasan rumah ke arah mangsa.
"Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu turut bertindak menumbuk mangsa di bahagian muka dan memijak dada sebelah kiri.
"Bertindak atas laporan dibuat ibunya pada Isnin lepas, polis menahan remaja itu pada 7.30 malam dan kini direman sehingga Sabtu (5 Nov) ini bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi malam ini.
Mohamad Fakhruddin berkata suspek didapati negatif dadah dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau objek merbahaya.
Beliau turut mengesahkan kejadian berkenaan bukan kali pertama dan pihaknya sedang menyiasat sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebaliknya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2022
Suspek didapati negatif dadah dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau objek merbahaya. - Gambar hiasan
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
Lelaki ditahan disyaki pukul ibu hingga maut guna kasut keselamatan, tukul besi
Suspek 33 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu ditahan di tempat kerjanya di Taman Sentosa, Klang.
Gagal dapat wang punca lelaki pukul ibu, ancam letup tong LPG - Polis
Menurut polis, suspek didapati bertindak sedemikian berikutan gagal mendapatkan wang daripada ibunya itu.
Lelaki pukul ibu dengan kayu hingga cedera ditahan
Mangsa dilaporkan luka pada bahagian jari dan belakang badan akibat dipukul menggunakan kayu.
Pukul, sepak, pijak kepala ibu kerana tak dapat RM20
Suspek yang juga pemegang kad OKU mental daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat mahu duit itu untuk beli dadah.
Lelaki ditahan pukul, ugut bunuh ibu
Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana disyaki memukul dan membuat ugutan bunuh terhadap ibunya yang dipercayai menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapanya.
Lelaki ditahan pukul ibu kerana tidak kemas rumah
Polis menahan seorang remaja lelaki yang disyaki membelasah ibunya kerana tidak mengemaskan rumah mereka di Kampung Lindungan Sungai Way, Petaling Jaya, dekat sini, Jumaat lepas.
Polis tahan wanita pukul ibu dengan penyapu, telefon bimbit
Ujian saringan air kencing ke atas suspek negatif.
Berang teman lelaki disuruh keluar, anak ketuk kepala ibu dengan telefon bimbit
Seorang anak sanggup memukul ibu kandungnya dengan sebatang penyapu, kerana berang dengan tindakan wanita itu meminta teman lelakinya keluar dari rumah.
"Nyawa kome aku ambik, ingat!" si tanggang ugut ibu kerana duit
Suspek berusia 48 tahun menumbuk dan mengugut untuk membunuh ibunya selepas gagal mendapatkan wang berjumlah RM40,000.
Remaja sanggup pukul ibu kerana belikan cermin mata murah
Seorang remaja lelaki yang kejam telah memukul ibunya di hadapan orang ramai kerana kecewa dibelikan sepasang cermin mata murah.