awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan di tiga negeri bermula 5 Jan
Will Smith dituduh lakukan amang seksual terhadap pemain biola lelaki
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemui mati di bilik hotel, warga asing ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/12/2023
06:40 MYT
Lelaki ditemui mati di bilik hotel, warga asing ditahan
Mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun ditemui mati di dalam bilik tersebut kira-kira jam 9 pagi. - Gambar hiasan
BENTONG: Seorang lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel di Genting Highlands di sini pada Jumaat
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar memberitahu, suspek berusia 45 tahun itu ditahan di lokasi berdekatan pada hari sama.
Menurutnya, mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun ditemui mati di dalam bilik tersebut kira-kira jam 9 pagi.
"Mangsa bekerja sendiri dan hasil semakan memiliki 23 rekod lampau termasuk dadah.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ujar Zaiham, suspek pula direman selama tujuh hari bermula 23 hingga 29 Disember ini," kata beliau dalam kenyataan pada Sabtu
Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Zaiham memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Tambah beliau, orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Kita juga ingin memohon kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan," jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#lelaki maut
#bilik hotel
#identiti mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan