awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses - LHDN
Dapur Siswa, MADANI ResQ Pek bantu pelajar UUM
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemui mati selepas ingin berehat dalam kereta

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
07/10/2020
04:07 MYT
Lelaki ditemui mati selepas ingin berehat dalam kereta
Lim mempunyai rekod pernah menerima rawatan namun anaknya tidak pasti penyakit yang dialaminya. - Foto PDRM
SUNGAI PETANI:Seorang lelaki ditemui mati dalam kereta di hadapan rumahnya di Sungai Lalang, Bedong, dekat sini, pagi ini.
Lim Tian Poh, yang merupakan seorang tukang masak, ditemui berbaring dalam keadaan mengiring di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan jenis Proton Wira itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Shamsudin Mamat berkata, menurut anak mangsa, bapanya keluar minum bersama rakannya pada jam 10.30 malam tadi.
"Disebabkan mabuk, rakannya kemudian menghantar Lim pulang ke rumah tetapi dia telah tidur di dalam kereta yang diletakkan di luar pagar itu.
"Anak mangsa memaklumkan, dia nampak bapanya berada di dalam kereta kira-kira jam 7.30 pagi tadi ketika hendak keluar bekerja dan cuba mengejutkannya.
"Ketika itu, Lim masih hidup dan sempat memberitahu anaknya yang dia hendak berehat dulu di dalam kereta," katanya.
Shamsudin berkata, anak mangsa terus ke tempat kerja selepas itu dan tidak lama kemudian, jiran ternampak kereta tersebut yang diparkir dalam keadaan enjin sudah dimatikan dan mangsa yang terbaring di dalamnya.
Jiran mengesyaki Lim, 52 tahun, sudah meninggal dunia lalu menghubungi pihak hospital dan polis, kata Shamsudin.
Menurut anaknya, mangsa mempunyai rekod pernah menerima rawatan namun tidak pasti penyakit yang dialaminya.
Hasil siasatan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada mangsa.
Polis turut menemui dompet dan telefon bimbit mangsa bersama mayatnya, selain tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya.
Shamsudin berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#mati dalam kereta
#proton wira
#mati
#kereta
#Sungai Lalang
#Sungai Petani
#Shamsudin Mamat
#polis
#siasatan
#kuala muda
#tukang masak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan