awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh dalam sungai

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/06/2022
14:29 MYT
Lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh dalam sungai
Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai dekat Jeti Nelayan Taman Nilam, hari ini. - Foto ihsan JBPM Kedah
LANGKAWI: Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai dekat Jeti Nelayan Taman Nilam, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui Pusat Gerakan Operasi Negeri Kedah mengatakan seorang lelaki lemas terjatuh ke dalam sungai selepas terkejut kehadiran polis di kawasan Taman Nilam, pada jam 4 petang.
Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba di lokasi tindakan awal komander operasi mengarahkan pasukan bomba untuk membuat pencarian di kawasan permukaan air.
“Selepas pencarian di permukaan gagal menemui mangsa, selaman terus dilakukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan berjaya menemui mangsa dalam keadaan tertiarap di dasar sungai yang mempunyai kedalaman 7 meter pada jam 7.22 petang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohamadul Ehsan memaklumkan, sebaik dinaikan ke tebing sungai kemudiannya mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan kejadian dan mayat lelaki berusia 51 tahun itu kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#lemas
#jatuh sungai
#jeti nelayan Taman Nilam
#JBPM Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan