awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan lemas ketika keluar mencari siput

Bernama
Bernama
12/11/2024
13:00 MYT
Lelaki ditemukan lemas ketika keluar mencari siput
Seorang nelayan ditemukan lemas berhampiran Titi Nelayan Kampung Bukit Malut, Langkawi hari ini. - Gambar fail
ALOR SETAR: Seorang nelayan ditemukan lemas berhampiran Titi Nelayan Kampung Bukit Malut, Langkawi hari ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata mayat Shaarani Ghazali, 32, ditemukan terapung oleh orang awam dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar hitam, lebih kurang 10 meter dari titi nelayan berkenaan.
Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai penemuan satu mayat lelaki yang terapung pada 10.45 pagi tadi berserta plastik berisi siput pada badan mangsa.
"Adik mangsa yang berada di lokasi kejadian telah mengesahkan identiti mangsa dan memaklumkan abangnya keluar dari rumah kira-kira 7 malam untuk mencari siput yang juga rutin harian mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut adik mangsa, abangnya mempunyai penyakit sawan dan kali terakhir mendapatkan rawatan adalah pada 2017 di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
"Pemeriksaan awal ke atas mayat tidak menemukan sebarang kesan kecederaan berunsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematiannya. Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk proses bedah siasat," katanya.
Shariman berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan
#ditemukan lemas
#cari siput
#Titi Nelayan Kampung Bukit Malut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan