awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan maut di bilik hotel dengan kesan tembakan di dahi

Bernama
Bernama
03/05/2022
15:49 MYT
Lelaki ditemukan maut di bilik hotel dengan kesan tembakan di dahi
Habibi berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan senjata api yang digunakan belum dijumpai. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan ditemukan maut dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Bukit Bintang petang tadi, sejam selepas beliau mendaftar masuk.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji berkata perkara itu disedari seorang pekerja hotel berkenaan yang memasuki bilik tersebut dan kemudian menghubungi polis pada kira-kira 7 malam.
"Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun berasal dari Johor mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 6 petang tadi. Polis telah menahan rakan sebilik mangsa bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Habibi berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan senjata api yang digunakan belum dijumpai.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hotel
#lelaki maut
#tembakan
#Bukit Bintang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan