awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki FIlipina terjun feri semasa penghantaran pulang ditemukan lemas

Bernama
Bernama
17/03/2023
15:41 MYT
Lelaki FIlipina terjun feri semasa penghantaran pulang ditemukan lemas
Mayat mangsa dikenali sebagai, Razmel Abdul Rahim, 31, ditemukan oleh pasukan Polis Marin pada 8.39 pagi tadi. - Foto PEXELS/Hiasan
SANDAKAN: Seorang lelaki Filipina yang dipercayai terjun ke laut dari sebuah feri di sini ketika proses penghantaran warga Filipina pulang ke negara asal pada petang Rabu lepas, ditemukan lemas hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan mayat mangsa dikenali sebagai, Razmel Abdul Rahim, 31, ditemukan oleh pasukan Polis Marin pada 8.39 pagi tadi.
"Mangsa ditemukan di jeti kedua Pelabuhan Sandakan kira-kira 600 meter dari lokasi dia terjun. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.
Semalam, JBPM menerima panggilan kecemasan kira-kira 10 pagi mengenai seorang penumpang feri secara tiba-tiba terjun ke dalam laut melalui tingkap tingkat empat feri itu pada 6.45 petang Rabu.
Pengurus feri yang menyaksikan kejadian itu, menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan pada 8 malam Rabu dan sepasukan bomba dan penyelamat respons ke tempat kejadian untuk memulakan operasi pencarian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#lemas
#feri
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan