Seorang lelaki yang menjalani pembedahan menukar jantina hari ini gagal dalam cubaannya untuk menukar status sebagai wanita dalam kad pengenalannya apabila Mahkamah Tinggi menolak saman pemulanya terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Vasudevan a/l Ramoo, 25, juga gagal memerintahkan Ketua Pengarah JPN menukar namanya kepada Maha Lakshmi a/p Ramoo dan angka terakhir dalam kad pengenalannya kepada angka genap yang menunjukkan dia seorang wanita.
Ketika menolak saman itu, Hakim Datuk Asmabi Mohamad memutuskan bahawa Vasudevan gagal memenuhi empat syarat untuk membolehkan mahkamah memutuskan bahawa dia seorang wanita iaitu dari segi kromosom, gonad, genital dan psikologi.
Beliau berkata dalam menyelesaikan isu jantina, mahkamah perlu memeriksa sama ada plaintif memenuhi empat syarat itu, tetapi empat faktor itu tidak dinyatakan dalam dua laporan daripada sebuah hospital di Thailand, tempat Vasudevan menjalani pembedahan untuk menukar jantina pada 2012, dan pemeriksaan fizikal daripada Hospital Kuala Lumpur.
Kata Asmabi, dua laporan itu tidak merekodkan pelaksanaan prosedur perubatan seperti vaginoplasti, penavtomi serta pembesaran payudara dan punggung.
Asmabi berkata dalam menentukan jantina plaintif, perlu terdapat keterangan daripada seorang pakar yang menunjukkan plaintif seorang wanita, tetapi dia gagal membuktikan perkara itu dalam dua laporan perubatan berkenaan.
"Mahkamah tidak boleh menentukan sama ada plaintif lelaki atau wanita hanya dengan berpandukan dua laporan secara kasar itu," katanya.
Beliau berkata dalam surat pekeliling yang dikeluarkan pada 2007, JPN menyebut bahawa seseorang individu perlu mendapatkan perisytiharan mahkamah sama ada dia seorang wanita atau lelaki sekiranya dia ingin menukar status jantina dalam kad pengenalannya.
Kata hakim itu, tidak terdapat sebarang peruntukan dalam undang-undang berkaitan penukaran jantina melalui pembedahan jantina seperti yang dijalani plaintif.
Menurut Asmabi, kes ini bukanlah yang pertama di Malaysia kerana pada 2012, Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan tentang penukaran jantina dan Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan mahkamah itu.
"Saya tidak boleh membuat keputusan yang terkeluar daripada undang-undang, saya bersimpati dengan keadaan yang dialami plaintif, tetapi saya tidak mempunyai pilihan selain menolak saman pemula ini," kata hakim itu dan memerintahkan plaintif membayar kos perundangan RM3,000 kepada ketua pengarah JPN, yang dinamakan sebagai defendan dalam saman itu.
Hakim itu juga memetik satu kes di United Kingdom, yang menyebut bahawa "seseorng individu tidak boleh membuat pilihan sendiri sama ada dia ingin dikenali sebagai lelaki atau perempuan. Membuat definisi dengan sendiri tidak boleh diterima. Ia akan menjadikan asas biologi yang diguna pakai dalam
menentukan perbezaan, tidak langsung berguna.
Pada 16 Julai tahun lepas, Vasudevan memfailkan saman pemula bagi mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa dia seorang wanita dan satu perintah untuk mengarahkan ketua pengarah JPN menukar namanya kepada Maha Lakshmi a/p Ramoo serta menukar angka terakhir dalam kad pengenalannya kepada angka genap untuk menunjukkan dia seorang wanita.
Plaintif diwakili peguam P. Muniswer manakala Peguam Kanan Persekutuan Maisarah Juhari mewakili ketua pengarah JPN.
Bernama
Fri Jun 19 2015
Dalam menyelesaikan isu jantina, mahkamah perlu memeriksa sama ada plaintif memenuhi empat syarat iaitu dari segi kromosom, gonad, genital dan psikologi. - Gambar hiasan
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Abigail buktikan wanita pun hebat dalam gusti lengan
Tidak dinafikan sukan gusti lengan sering kali dikaitkan dengan golongan lelaki kerana memerlukan kekuatan tangan dengan majoriti atlet dilihat memiliki badan yang besar atau 'sado'.
Mayat dalam longkang, polis tahan lelaki warga asing
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Alor Setar untuk mendapatkan tahanan reman pada Selasa untuk siasatan lanjut.
Lelaki lari dari serbuan polis ditemukan lemas
Seorang lelaki ditemukan lemas setelah dipercayai terjun ke sungai ketika melarikan diri daripada polis yang melakukan serbuan di kebun durian.
Lelaki ditahan selepas serang Perdana Menteri Denmark
Tidak jelas sama ada Frederiksen, seorang Demokrat Sosial, mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas ditemukan selamat
Mangsa diselamatkan oleh nelayan yang sedang menangkap ikan pada jarak kira-kira lima batu nautika dari lokasi pencarian, di sekitar perairan Tumpat.
Lelaki baling batu ke arah ibu pejabat Pas ditahan
Difahamkan lelaki berkenaan berbuat demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan parti Pas, dari segi kerjasama politik.
Jangan ambil mudah kanser hidung - Pakar
Ia selalu menjangkiti mereka yang berusia lebih daripada 50 tahun terutamanya kaum lelaki dan yang mempunyai sejarah keluarga menghidap NPC.
Kanak-kanak dua tahun maut terjatuh kerusi bayi
Sehingga kini tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam kejadian itu, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan.
JKM cari waris kanak-kanak lelaki
Kanak-kanak lelaki itu ditinggalkan ibunya di rumah pengasuh di Taman Desa Kundang, Rawang.