awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang selepas lori terhumban ke dalam laut ditemukan lemas

Bernama
Bernama
01/09/2024
12:48 MYT
Lelaki hilang selepas lori terhumban ke dalam laut ditemukan lemas
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mayat mangsa ditemukan kira-kira 5 petang di kedudukan 20 meter dari lokasi kejadian, pada kedalaman 13 meter. - Bernama
SHAH ALAM: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas sebuah lori terhumban ke dalam laut di dermaga Pelabuhan Barat, Klang dekat sini, tengah hari tadi ditemukan lemas petang ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mayat Mohd Hafiz Abdul Salam, 24, ditemukan kira-kira 5 petang di kedudukan 20 meter dari lokasi kejadian, pada kedalaman 13 meter.
"Mohd Hafiz bekerja sebagai 'terminal tractor operator' sejak 21 Dis 2021. Mayatnya dibawa naik ke daratan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Md Razali berkata saksi kejadian memaklumkan melihat sebuah lori sedang diparkir sebelum ia bergerak dalam keadaan laju lalu melanggar batu penghadang dan jatuh ke dalam laut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lori terhumban ke laut
#Pelabuhan Barat Klang
#lemas
#JBPM
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan