awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang tiga hari ditemui maut dengan motosikal dalam longkang

Aida Aziz
Aida Aziz
15/03/2025
23:10 MYT
Lelaki hilang tiga hari ditemui maut dengan motosikal dalam longkang
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ditemukan maut di dalam longkang bersama motosikalnya, di Jalan Kampar-Tapah, berhampiran kubur Kristian, dekat Kampar, awal pagi tadi. - Foto JBPM Perak
KAMPAR: Seorang lelaki berusia 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu, ditemukan maut di dalam longkang di Jalan Kampar-Tapah, berhampiran kubur Kristian, dekat sini, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 1.25 pagi.
Katanya, mangsa dijumpai di dalam longkang sedalam 1.2 meter itu bersama dengan motosikal jenis SYM miliknya.
"Mengikut maklumat polis, terdapat seorang lelaki Melayu berusia 42 tahun telah hilang sejak tiga hari lalu.
"Pada 1.25 pagi tadi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar mendapat panggilan kecemasan bagi membantu polis mengambil mayat tersebut," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tambahnya, seramai tujuh orang anggota terlibat dalam operasi berkenaan.
"Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER.
"Mayat kemudiannya diangkat menggunakan pengusung dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya lagi.
Operasi tamat sepenuhnya jam 1.52 pagi.
Topic Berkaitan
#mayat dalam longkang
#lelaki hilang tiga hari
#Kampar
#penunggang motosikal maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan