awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki lepaskan tembakan ke arah kedai alat ganti kereta

Bernama
Bernama
05/10/2013
09:00 MYT
Lelaki lepaskan tembakan ke arah kedai alat ganti kereta
Seorang lelaki yang tidak dikenali melepaskan sekurang-kurangnya tiga das tembakan ke arah sebuah kedai menjual alat ganti kereta di Jalan Kampung Gajah, di sini awal hari ini.
Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam memberhentikan kenderaannya berhampiran kedai itu dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pintu premis itu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Mohd Nasir Salleh berkata siasatan awal mendapati lelaki yang melepaskan tembakan itu memakai topi keledar penuh bagi mengelak wajahnya dilihat.
"Siasatan awal polis menemui dua kelongsong peluru di luar kedai dan satu lagi di dalam kedai dipercayai menembusi pintu premis itu.
"Tiada sesiapa yang dilapor cedera dalam kejadian itu dan ketika kejadian tiada orang di dalam kedai itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Nasir berkata polis masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan ia adalah cubaan mengugut pemilik kedai.
Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Butterworth
#kedai
#polis
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan