TAIPING: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal lain dan kereta di Jalan Kuala Kangsar, berhampiran Kampung Paya, dekat sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 50 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 6.52 petang.

“Penumpang dan pemandu kereta mengalami kecederaan ringan, manakala penunggang sebuah lagi motosikal, seorang wanita juga mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut jurucakap itu lagi, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Katanya, anggota bomba bertindak membuat pemantauan bagi memastikan keadaan selamat.