awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dalam perjalanan, tidak sempat ziarah isteri di hospital

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/01/2022
09:02 MYT
Lelaki maut dalam perjalanan, tidak sempat ziarah isteri di hospital
Seorang pengawal keselamatan maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Butterworth-Kulim arah Butterworth dekat Bukit Mertajam pada Khamis. - Gambar ihsan JPJ
SEBERANG JAYA: Seorang pengawal keselamatan tidak sempat melawat isterinya yang sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) apabila maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Butterworth-Kulim arah Butterworth dekat Bukit Mertajam.
Dalam kejadian pukul 3.30 petang semalam (Khamis), mangsa yang berusia 39 tahun sedang dalam perjalanan ke HSJ meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 110Z melanggar belakang SUV jenis Proton X70 yang dipandu jurujual berusia 33 tahun.
“SUV itu dikatakan mengalami kerosakan dan pemandunya memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan untuk memeriksa kenderaan.
“Bagaimanapun, selang beberapa minit, motosikal mangsa datang dari arah belakang telah melanggar belakang SUV sehingga menyebabkan mangsa terkorban,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Shafee berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di HSJ semalam mendapati mangsa maut akibat kecederaan parah pada kepala.
Sementara itu, Shafee berkata, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Guar Perahu, Bukit Mertajam menuju ke HSJ bagi melawat isterinya yang sedang sakit.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#maut kemalangan
#Lebuh Raya Butterworth-Kulim
#Hospital Seberang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan