awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dihempap bas yang dibaiki

Sinar Harian
Sinar Harian
20/04/2021
03:02 MYT
Lelaki maut dihempap bas yang dibaiki
Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa yang juga pemandu bas itu sedang membaiki sistem hidraulik bas. - Gambar hiasan
KLANG: Seorang pemandu bas maut akibat dihempap bas rosak yang sedang dibaikinya dalam kejadian di sebuah bengkel di Jalan Pendamar, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan MERS 999 pada jam 9 malam.
"Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa seorang lelaki berasal dari Sabah telah meninggal dunia akibat dihempap sebuah bas persiaran yang dibaikinya.
"Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa yang juga pemandu bas itu sedang membaiki sistem hidraulik bas sebelum alat pengangkat beban (jack) yang digunakan telah turun dengan sendirinya," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian.
Katanya, mayat mangsa berusia 33 tahun itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.
"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
Artikel asal disiarkan di portal Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pemandu bas
#maut
#dihempap
#rosak
#Shamsul Amar Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan