Skip to main content

Malaysia

Lelaki maut jatuh bangunan ketika lari daripada polis

Polis, jatuh bangunan. Kredit: Media sosial
Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). - Gambar/ Media sosial
Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari bangunan kediaman di Jalan Lembah Pantai, di sini pada Rabu ketika cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Hoo Chang Hook berkata, polis menerima panggilan daripada ibu mangsa pada jam 10.57 malam bagi meminta bantuan selepas lelaki berkenaan bertindak agresif di rumah mereka.

Beliau berkata ketika polis tiba di lokasi, mangsa yang berusia 24 tahun telah melarikan diri ke hujung bangunan. 

"Mangsa telah melompat ke tingkat 10 dan terjatuh ke bahagian bawah bangunan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook menambah mangsa mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," ujarnya.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 

Must Watch Video

Advertisement