awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, kenderaan terbabas langgar pokok di Jalan Kuantan-Gambang

Azee Shafy
Azee Shafy
05/02/2023
04:39 MYT
Lelaki maut, kenderaan terbabas langgar pokok di Jalan Kuantan-Gambang
Kemalangan maut berlaku di Batu 14, Jalan Kuantan-Gambang di Kuantan pagi ini apabila sebuah Proton Wira dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok. - Foto ihsan JBPM
KUANTAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas di Batu 14, Jalan Kuantan-Gambang, di sini, pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.56 pagi.
Katanya, seramai tujuh anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas bergegas ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dikenal pasti setakat ini.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, benar berlaku kemalangan membabitkan kereta Proton Wira yang dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.
Topic Berkaitan
#kereta langgar pokok
#kereta terbabas
#Jalan Kuantan-Gambang
#JBPM Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan