awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, kereta terbakar selepas kemalangan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/10/2024
04:45 MYT
Lelaki maut, kereta terbakar selepas kemalangan
Kebakaran sebuah kereta selepas kemalangan jalan raya di Kilometer 14.9 Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala Pantai Dalam di sini pada Ahad. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 14.9 Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala Pantai Dalam di sini pada Ahad.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sohirol Rizal Madon berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 8.28 pagi.
"Seramai sembilan anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sohirol Rizal berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios berpunca daripada kemalangan jalan raya.
"Kebakaran dianggarkan 100 peratus. Seorang lelaki disahkan meninggal dunia dalam kemalangan itu, mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Seorang lagi lelaki berusia 24 tahun mengalami cedera ringan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut, operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.40 pagi," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#kereta terbakar
#NPE
#lelaki maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan