awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut langgar kereta berhenti di lorong kecemasan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/03/2023
01:00 MYT
Lelaki maut langgar kereta berhenti di lorong kecemasan
Polis mengawal lalu lintas di lokasi kemalangan berkenaan. - Foto Polis Daerah Batu Pahat
BATU PAHAT: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 128.4 Lebuhraya Utara Selatan (Pagoh-Yong Peng) dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lelaki berusia 32 tahun itu terlanggar belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada enjin.
“Akibat perlanggaran itu menyebabkan lelaki yang berasal dari Kulai itu mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta berusia 59 tahun sekadar cedera ringan.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya dalam satu kenyataan pada tengah malam Ahad.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Polis Batu Pahat turut meminta mana-mana saksi awam yang menyaksikan kejadian berkenaan untuk menghubungi pegawai penyiasat Insp. Muhammad Asma’I Md Yusuff di talian 013-6550128 bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lorong kecemasan
#Nahas
#motosikal
#Ismail Dollah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan