awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut motosikal rempuh kereta

Aida Aziz
Aida Aziz
07/07/2024
22:40 MYT
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Keadaan motosikal yang terlibat dalam nahas di Jalan Lahat, Simpang Pulai. - Foto PDRM
IPOH: Seorang penunggang motosikal maut setelah terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta di Jalan Lahat, Simpang Pulai, di sini pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa menunggang motosikal dari arah Simpang Pulai menghala ke Botani.
"Motosikal dinaiki terbabas, masuk ke laluan bertentangan lalu terlanggar bahagian depan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun.
"Akibat pelanggaran tersebut, mangsa cedera parah di bahagian dada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Manakala pemandu bersama seorang lagi penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
"Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan chest injury due to road traffic crash," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.
Abang Zainal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan).
Justeru, beliau meminta mereka yang menyaksikan kemalangan itu supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 013-6713177 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#terbabas
#langgar kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan