Lelaki maut, motosikal terbabas sebelum tercampak dalam longkang

Seorang penunggang motosikal maut selepas mengalami kemalangan dan tercampak ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Siram, Butterworth awal pagi tadi. - Foto JBPM Pulau Pinang
BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas ke bahu jalan sebelum mangsa tercampak ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Siram di sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.15 pagi berhubung kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal.
"Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati Kishore Kumar Ravindar, 36, berada dalam longkang sedalam dua meter dan dipercayai tercampak ke situ selepas motosikalnya terbabas di bahu jalan.
"Komander Operasi membuat size up dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dari longkang telah dijalankan... lelaki itu berjaya dikeluarkan pada 4.44 pagi dan pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia di lokasi," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


