Skip to main content

Malaysia

Lelaki maut terjatuh dari pangsapuri

PDRM
Hasil siasatan polis setakat ini mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut. - Gambar hiasan

KAJANG: Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Bandar Sungai Long, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 pada jam kira-kira 9.44 malam berhubung kejadian itu.

Advertisement

"Siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki tanpa identiti berusia lingkungan 40an.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat telah dihantar ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, hasil siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

"Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi membantu proses pengecaman.

"Maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Sarjan Mejar Zharif Ab Rasid di talian 012-5925390 bagi membantu siasatan lanjut," katanya. - Sinar Harian

 

Must Watch Video