awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki meninggal dunia selepas bermain badminton

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/09/2021
16:38 MYT
Lelaki meninggal dunia selepas bermain badminton
Polis mengesahkan kejadian itu dan pemeriksaan mendapati, tiada sebarang unsur jenayah berlaku terhadap lelaki berkenaan. - Foto ihsan PDRM
PENDANG: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dipercayai mengalami sesak nafas selepas bermain badminton di sebuah dewan di Tokai, Pendang, Sabtu malam.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8 malam itu, difahamkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu duduk bersandar di dinding dewan sebaik mengalami sesak nafas.
Bagaimanapun dia tiba-tiba tidak sedarkan diri menyebabkan rakannya menghubungi ambulans dan polis untuk memaklumkan kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah mengesahkan kejadian itu dan pemeriksaan mendapati, tiada sebarang unsur jenayah berlaku terhadap lelaki berkenaan.
“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk menjalani ujian calitan COVID-19 sebelum tindakan lanjut dilakukan.
"Kita hanya menunggu laporan dari pihak hospital untuk mengesahkan punca kematiannya," katanya ketika dihubungi.
Topic Berkaitan
#main badminton
#meninggal dunia
#Tokai
#Pendang
#sesak nafas
#Hospital Sultanah Bahiyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan