awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran dua buah rumah

Sinar Harian
Sinar Harian
18/09/2023
02:00 MYT
Lelaki OKU rentung dalam kebakaran dua buah rumah
Dua buah rumah hangus dalam kebakaran yang berlaku pada jam kira-kira 3.30 pagi di Kampung Pisang, Air Itam, George Town Isnin. - Foto JBPM
GEORGE TOWN: Seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah di Jalan Kampung Pisang, Kampung Pisang, Air Itam di sini awal pagi Isnin.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Pegawai Bomba (PB) Mohd Shahrul Fitri Mokhtar berkata, mangsa berusia lingkungan 60-an ditemui rentung dalam kejadian pada jam kira-kira 3.30 pagi itu.
Menurutnya, difahamkan, mangsa berseorangan ketika kejadian tersebut.
"Kita menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 3.44 pagi yang memaklumkan berlaku kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Pisang.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, didapati dua buah rumah kampung kelas C berkeluasan 25X50 kaki persegi setiap unit telah hangus terbakar.
"Seorang mangsa ditemui rentung di dalam salah sebuah bilik di rumah berkenaan selepas terperangkap akibat api marak. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau menambah, anggaran kemusnahan kebakaran adalah 90 peratus dan kebakaran dapat dikawal pada jam 4.28 pagi.
"Kita turut mendapat bantuan daripada BBP Jalan Perak dan pasukan bomba sukerela terdekat.
"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran
#OKU
#rentung
#Mohd Shahrul Fitri Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan