awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Orang Asli ditemui rentung dalam kereta terbakar

Aida Aziz
Aida Aziz
02/01/2024
04:30 MYT
Lelaki Orang Asli ditemui rentung dalam kereta terbakar
Mayat mangsa yang rentung ditemui di bahagian tempat duduk belakang kereta itu. - Gambar/ JBPM
TAPAH: Seorang lelaki Orang Asli berusia 50 tahun ditemui rentung dalam kejadian kebakaran sebuah kereta di Batu 23, Jalan Pahang di sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat mangsa ditemui di bahagian tempat duduk belakang kereta itu.
Katanya, pasukan menerima panggilan pada jam 10.04 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bergegas ke lokasi.
"Setibanya jentera di lokasi, pasukan mendapati kereta yang diparkir di kawasan itu musnah terbakar 50 peratus dan terdapat seorang lelaki Orang Asli rentung di dalamnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sabarodzi berkata, kebakaran terlebih dahulu dipadam oleh orang awam sebelum bomba tiba.
"Ketua operasi membuat pemeriksaan lanjut dan mengambil maklumat serta membantu polis bagi mengeluarkan mangsa," katanya.
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#rentung
#Tapah
#kereta terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan