awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki pukul abang selepas ditegur bertengkar dengan ibu

Bernama
Bernama
16/04/2023
22:20 MYT
Lelaki pukul abang selepas ditegur bertengkar dengan ibu
Suspek yang berusia 23 tahun telah ditahan polis dan didapati mempunyai tiga rekod lampau di bawah kes jenayah serta Akta Dadah Berbahaya.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bertindak memukul abangnya dipercayai akibat tidak puas hati selepas ditegur kerana bertengkar dengan ibu mereka.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata dalam kejadian pada 4 pagi Sabtu di rumah mereka di Taman Bukit Angkasa di sini, mangsa mengalami kecederaan luka dan lebam di bahagian belakang badan, bahu kanan serta tangan kiri.
Beliau berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku selepas mangsa melihat suspek bertengkar dengan ibu mereka kerana isu lambat keluar dari bilik air.
"Mangsa yang berusia 24 tahun kemudian menegur adiknya yang dilihat mula mengamuk dan memaki hamun ibu mereka sebelum dipukul suspek dengan getah paip dan sebatang besi selain dicederakan dengan pisau.
"Suspek yang berusia 23 tahun telah ditahan polis dan didapati mempunyai tiga rekod lampau di bawah kes jenayah serta Akta Dadah Berbahaya," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Turut dirampas senjata yang digunakan untuk mencederakan abangnya.
Amihizam berkata suspek direman selama empat hari hingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pukul abang
#bertengkar
#Amihizam Abdul Shukor
#kecederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan