awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rentung dalam kereta terbakar di Kuala Kurau

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/04/2021
05:15 MYT
Lelaki rentung dalam kereta terbakar di Kuala Kurau
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau Muhamad Irham Mohd Zin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian membabitkan seorang mangsa Ong Yean Tong, 48, pada kira-kira 10.41 pagi. - Foto JBPM
BAGAN SERAI: Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Jalan Bagan Seberang, Kampung Kuala Gula, dekat sini, hari ini.
Melalui maklumat keluarganya, mangsa dikenali sebagai Ong Yean Tong, 48.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau, Muhamad Irham Mohd. Zain berkata, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 10.41 pagi.
Menurutnya, setibanya anggota di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Honda terbakar 70 peratus dan terdapat seorang lelaki disahkan rentung dalam kenderaan tersebut.
Melalui maklumat keluarganya, mangsa dikenali sebagai Ong Yean Tong, 48. - Foto JBPM
Melalui maklumat keluarganya, mangsa dikenali sebagai Ong Yean Tong, 48. - Foto JBPM
Katanya, anggota bomba menggunakan satu aliran ‘hose reel’ dan satu unit ‘foam’ bersumberkan air dari tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.
“Api berjaya dikawal dalam masa lima minit dan mangsa dijumpai rentung di bahagian pemandu," katanya hari ini.
Menurut Muhamad Irham lagi, kebakaran itu menyebabkan kenderaan tersebut musnah lebih 90 peratus dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#mayat
#mangsa
#jenayah
#rentung
#bomba
#maut dalam kereta
#Bagan Serai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan