KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata kertas siasatan membabitkan mangsa yang berusia 50 tahun dan bekerja sendiri itu telah dibuka pada 21 April lepas.
"Mangsa mendakwa telah menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada satu nombor yang tidak dikenali menawarkan peluang kerja secara dalam talian dengan cara like (suka) dan subscribe (langgan) video menerusi YouTube dan akan mendapat bayaran yang menarik.
"Mangsa pada awalnya diberikan tugasan pertama hingga ketiga dan menerima bayaran yang dijanjikan iaitu RM15 untuk setiap tugasan. Mangsa yang yakin, ingin meneruskan tugasan lain dengan pulangan yang lebih besar memandangkan bagi tugasan keempat dan kelima, dia ditawarkan bayaran RM20," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata untuk mendapatkan RM20 itu, mangsa dikenakan syarat perlu menyelesaikan tugasan keenam untuk membolehkannya menerima pulangan lebih besar sebanyak RM130.
"Mangsa, bagaimanapun perlu mendepositkan wang pendahuluan dengan menggunakan wang sendiri berjumlah RM100. Setelah menerima bayaran hingga tugasan kesembilan, mangsa lebih yakin untuk meneruskan tugasan ke-10 hingga 12, namun perlu mendepositkan RM300 ke akaun dibekalkan scammer untuk menerima bayaran RM390.
Mangsa yang tidak mengesyaki sebarang penipuan selain ingin mencari wang tambahan untuk persiapan Aidilfitri telah membuat transaksi sebanyak RM1,000 setelah dijanjikan pulangan RM1,300.
Mazli berkata mangsa mula rasa diperdaya apabila gagal mendapatkan pulangan wang selepas memindahkan RM4,860 atas cubaan 'memperbetulkan' kesilapannya pada tugasan ke-18, dan kerana ingin mendapatkan semula wangnya, mangsa melakukan tugasan lain dan perlu mendepositkan RM17,200.
Akibat kekurangan wang, beliau berkata mangsa meminjam daripada ahli keluarga dan mengumpul RM7,200, namun setelah melakukan transaksi dia dimaklumkan pengeluaran tidak dapat dikreditkan ke dalam akaunnya kerana gagal melaksanakan tugasan yang diberikan.
"Sebaliknya, mangsa perlu membuat bayaran lagi dan mengakibatkannya rugi hingga berjumlah RM13,460," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja. - Gambar hiasan
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung
Google menjayakan perkara ini melalui integrasi Gemini Nano yang disertakan terus pada telefon Android.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Industri perbankan bekerjasama dengan pengawal selia, agensi untuk tingkatkan keselamatan pelanggan
Industri perbankan berusaha meningkatkan langkah keselamatan mengikut modus operandi penipuan terkini.
Lelaki rugi lebih RM30,000 terperdaya tawaran kerja sambilan di Instagram
Seorang pemuda kerugian RM30,700 akibat penipuan tawaran kerja sambilan melalui media sosial Instagram.
Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah tipu urusan umrah
Muzzamil Soliheen Musa, 47, didakwa menipu seorang lelaki berusia 53 tahun hingga mendorong mangsa menyerahkan wang sejumlah RM115,030.
ASEAN mesti serius tangani cabaran yang jejaskan kepercayaan rakyat terhadap sistem digital - Singapura
Kerajaan setiap negara anggota ASEAN perlu serius menangani cabaran yang menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap sistem digital
Pembelian barangan berjenama mewah: Suri rumah didakwa tipu dua wanita lebih RM1.2 juta
Seorang suri rumah dituduh memperdaya dua wanita dalam urusan pembelian barangan berjenama mewah berjumlah RM1,267,810.
Pesara guru terperdaya pelaburan tidak wujud, wang simpanan RM1.22 juta lesap
Seorang pesara guru kerugian lebih RM1.22 juta apabila wang simpanannya lesap akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.