awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki seludup ketum cuba tembak anggota PGA untuk lepaskan diri

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2022
12:46 MYT
Lelaki seludup ketum cuba tembak anggota PGA untuk lepaskan diri
Seorang lelaki warga Thailand bertindak ganas dengan cuba mencapai sepucuk pistol buatan sendiri mengandungi sebutir peluru dalam cubaan melepaskan diri sebaik ditangkap anggota Pasukan Gerakan Am (PGA). - Foto ihsan PDRM
BUKIT KAYU HITAM : Seorang lelaki warga Thailand bertindak ganas dengan cuba mencapai sepucuk pistol buatan sendiri mengandungi sebutir peluru dalam cubaan melepaskan diri sebaik ditangkap anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).
Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Mohd Noh Khamis berkata, ketika itu anggotanya dari Batalion 18, Pengkalan Hulu, Perak sedang melakukan rondaan di kawasan Ops Wawasan Kedah/Perlis di sempadan Malaysia-Thailand sebelum terserempak dengan suspek yang memikul guni mengandungi ketum.
Dalam kejadian Selasa lalu, lelaki berusia 30 tahun itu cuba mencapai pistol yang mengandungi peluru 12 bolt setelah terserempak dengan anggota PGA pada jam 11.40 pagi.
Lelaki berkenaan ketika itu dilaporkan memikul guni putih ketika mendaki bukit menghala ke Thailand.
"Semasa tangkapan, saya mengingatkan pegawai-pegawai dan anggota saya supaya berhati-hati.
"Ini kerana walaupun dia membawa ketum, tetapi suspek memiliki senjata api buatan sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Martak Taktikal Briged Utara PGA, di Bukit Kayu Hitam, pada Sabtu.
Katanya, sebaik diperiksa suspek gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, Perlis untuk tindakan lanjut.
Pistol buatan sendiri bersama peluru itu turut dirampas dan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Mohd Noh berkata, beliau bimbang dan tidak mahu berlaku kejadian sama yang menyebabkan anggota PGA dari Batalion 3 Bidor, Perak yang terkorban akibat insiden tembakan di sempadan negara, dua tahun lalu.
Dalam pada itu, beliau berkata, sepanjang tempoh Batalion 18 mengambil alih tugas menjaga Ops Wawasan Kedah/Perlis bermula 1 Januari hingga semalam, sebanyak 44 kes direkodkan.
Katanya, sepanjang tempoh itu, seramai 44 individu ditahan dan 16 daripadanya warga tempatan, 11 warga Thailand manakala 17 warga Myanmar.
Ia membabitkan rampasan ketum sebanyak 15,435 kilogram, tujuh buah motosikal, dua buah van, arak pelbagai jenama serta barangan makanan yang tidak menepati syarat perlabelan.
Topic Berkaitan
#seludup ketum
#penyeludupan
#PGA
#sempadan
#pistol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan