awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Thailand didakwa edar methamphetamine lebih 147 kg

Bernama
Bernama
26/03/2025
07:25 MYT
Lelaki Thailand didakwa edar methamphetamine lebih 147 kg
Muhammatliket Ammalee didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 147,675 gram di Wang Kelian dekat Padang Besar. - Foto Bernama
KANGAR: Seorang lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 147,675 gram di Wang Kelian dekat Padang Besar, minggu lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammatliket Ammalee, 44, yang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thai di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.
Mengikut pertuduhan, lelaki bekerja sebagai pemandu pikap menghantar barangan itu didakwa mengedar dadah itu bersama-sama seorang lelaki Thailand masih bebas di laluan import Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian pada 11.45 pagi 19 Mac.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Nurshahida tidak membenarkan jaminan terhadap lelaki itu dan menetapkan sebutan semula kes pada 20 Jun untuk mendapatkan laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala Muhammatliket Ammalee tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Thailand
#didakwa edar dadah
#Wang Kelian
#Muhammatliket Ammalee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan