awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga asing maut digilis kereta api

Sinar Harian
Sinar Harian
24/02/2024
04:25 MYT
Lelaki warga asing maut digilis kereta api
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai digilis kereta api sebelum maut di tempat kejadian. - Gambar/ Sinar Harian
KLANG: Seorang lelaki warga asing maut digilis kereta api di tepi landasan berdekatan kawasan perindustrian di Jalan Pelabuhan Utara dekat sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, laporan diterima berkaitan kejadian kira-kira jam 11.35 pagi.
"Pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima panggilan daripada seorang individu memaklumkan menemui mayat seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kemalangan melibatkan kereta api.
"Semakan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warga asing berumur 19 tahun ditemukan dalam keadaan tidak berbaju selain hanya memakai seluar panjang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian bawah paras kedua belah lutut.
"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai digilis kereta api sebelum maut di tempat kejadian.
"Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat," katanya.
Dalam pada itu, Hoong Fong berkata, setakat ini pihaknya mendapati tiada sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
"Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 untuk siasatan lanjut," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga asing
#kemalangan kereta api
#digilis komuter
#Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan