SHAH ALAM: Polis telah menahan seorang lelaki warga Bangaladesh di Klang semalam selepas dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di luar rumahnya.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima laporan mengenai perbuatan suspek berusia 30-an itu pada kira-kira 12.40 tengah hari.
Beliau berkata pengerusi komuniti penduduk telah cuba menasihati suspek namun dia bertindak melawan dan membuat provokasi selain enggan membetulkan kedudukan bendera itu.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menangkap suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang plastik sekitar Klang," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Vijaya Rao berkata suspek direman tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
"Pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara... tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada jika masih ada yang dikesan melakukan perbuatan sebegini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2022

Polis telah menahan seorang lelaki warga Bangaladesh di Klang semalam selepas dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di luar rumahnya. - Gambar hiasan

Polis rampas 500 kilogram dadah disorok dalam uncang teh
Pihak berkuasa Filipina dilaporkan merampas lebih 500 kilogram disyaki dadah jenis methamphetamine yang disembunyikan dalam uncang teh.
![AWANI 7:45 [29/03/2023] - Rauf bakal Ketua Menteri? | Keuntungan bersih RM6.986 bilion AWANI 7:45 [29/03/2023] - Rauf bakal Ketua Menteri? | Keuntungan bersih RM6.986 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016247/41702521971680094932602_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [29/03/2023] - Rauf bakal Ketua Menteri? | Keuntungan bersih RM6.986 bilion
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz yang bersiaran di Dataran Putrajaya. Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Khabar angin Melaka bakal terima Ketua Menteri baru Jumaat ini? - Untung bersih Bank Negara merosot hampir separuh. - PM umum Bantuan Khas Aidilfitri RM200 untuk penoreh getah, pesawah dan nelayan. - Harga siling ayam dan telur dimuktamadkan esok.

Ribut landa kampus UUM Sintok
Ribut serta hujan lebat melanda kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, petang ini, menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merosakkan infrastruktur universiti itu.

Penat dengan politik Bollywood punca Priyanka Chopra bawa diri
Chopra Jonas menyifatkan kehadirannya dalam industri Bollywood seolah ditolak ke satu sudut ketika itu.

Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar
Armada mengecam tindakan pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang dilaporkan mencemar kesyumulan Islam.

KPM rangka pelan tangani isu guru bersara awal
Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui guru bersara awal adalah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh.

Lawatan rasmi buka lembaran hubungan strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke China hari ini sehingga 1 April ini. Lawatan rasmi ini bakal membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing ke arah yang lebih komprehensif. Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad kini berada di Beijing untuk membawakan perkembangan terperinci jadual padat Perdana Menteri di China.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah, saingan kepada bazar biasa
Benarkah Bazar Ramadan Rahmah memberi saingan kepada bazar biasa?

Presiden UMNO sahkan Ketua Menteri Melaka letak jawatan
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah jadi tumpuan
Bazar Ramadan Rahmah kini menjadi jadi tumpuan rakyat untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Wartawan Astro AWANI, Fareez Azman yang lakukan tinjauan di Putrajaya ada perinciannya.

Lelaki warga Bangladesh pasang Jalur Gemilang terbalik ditahan
Polis telah menahan seorang lelaki warga Bangaladesh di Klang semalam selepas dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di luar rumahnya.