Skip to main content

Politik

PRN Melaka: 'Saya bukan calon, hadir sebagai Ahli Parlimen' - MP Kota Melaka

Poay Tiong mengesahkan telah memberikan keterangan secara bersendirian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada Sabtu dan masih menunggu keputusan sama ada tindakan pendakwaan akan diambil terhadapnya. - Foto Facebook/Khoo Poay Tiong
Poay Tiong mengesahkan telah memberikan keterangan secara bersendirian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada Sabtu dan masih menunggu keputusan sama ada tindakan pendakwaan akan diambil terhadapnya. - Foto Facebook/Khoo Poay Tiong
Advertisement

AYER KEROH: Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan beliau bukan calon pilihan raya ketika mengagihkan bakul makanan sempena Deepavali di sebuah medan selera milik pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau turut bersimpati dengan pihak polis yang terpaksa menyiasat dua laporan terhadapnya berhubung dakwaan salah guna aset awam.

Menurutnya, program pada 4 November lalu merupakan aktiviti kebajikan tahunan bagi membantu keluarga memerlukan sempena musim perayaan.

Advertisement

"Tambahan lagi saya bukan calon. Saya pergi ke sana adalah sebagai seorang Ahli Parlimen. Ahli Parlimen bagi kawasan tersebut Kota Melaka.

"Jadi saya hanya, takkan kerana dalam musim pilihan raya ini, dalam tempoh pilihan raya ini saya tak boleh serahkan bakul makanan sempena Deepavali," katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di Ayer Keroh, hari ini.

Poay Tiong menjelaskan, medan selera milik Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dipilih bagi memudahkan penerima sumbangan yang tinggal di kawasan berhampiran.

"Saya dah berikan kenyataan, saya bekerjasama dengan polis. Saya bersimpati sebab kes macam ini pun mereka nak pergi buat laporan, menyusahkan pihak polis.

"Terpaksa sediakan kenyataan, buat laporan, hantar kepada pihak atasan, rujuk kepada DPP (Timbalan Pendakwa Raya)," katanya lagi.

Beliau mengesahkan telah memberikan keterangan secara bersendirian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada Sabtu dan masih menunggu keputusan sama ada tindakan pendakwaan akan diambil terhadapnya.


 

Must Watch Video

Advertisement