awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian Suri: Keluarga pertimbang lantik peguam pemerhati
Malaysia catat jualan eksport RM45.4 bilion daripada misi perdagangan PM 2025
AS naikkan duti import kenderaan bermotor, tarif timbal balas ke atas Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga emas maut basikal dirempuh kenderaan

Bernama
Bernama
30/11/2025
11:30 MYT
Lelaki warga emas maut basikal dirempuh kenderaan
Seorang lelaki warga emas maut selepas basikal ditunggangnya dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Tanjung Lipat, Miri, petang semalam.
KUCHING: Seorang lelaki warga emas maut selepas basikal ditunggangnya dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Tanjung Lipat, Miri, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kemalangan berlaku kira-kira 5.30 petang ketika lelaki berusia 63 tahun itu dalam perjalanan dari Pasar Batu Niah ke Kampung Tanjung Lipat.
"Siasatan awal mendapati mangsa sedang berbasikal di laluan berkenaan sebelum dipercayai dilanggar kenderaan dari arah bertentangan dari Kampung Tanjung Lipat menuju ke Pasar Batu Niah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohd Faizul Ab Rahim melalui talian 014-8582582 /085-430479 atau hadir di mana-mana balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki warga emas
#basikal
#dirempuh kenderaan
#Jalan Tanjung Lipat Miri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan