awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga India hilang di Pulau Mawar ditemukan lemas

Bernama
Bernama
07/04/2025
14:48 MYT
Lelaki warga India hilang di Pulau Mawar ditemukan lemas
Seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pulau Mawar bersama rakan-rakannya ditemukan lemas petang tadi. - Foto JBPM Johor/via Sinar Harian
MERSING: Seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pulau Mawar di sini bersama rakan-rakannya ditemukan lemas petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata Narayanan Ravi, 45, ditemukan pada jarak 300 meter dari lokasi dia dipercayai lemas pada pukul 4.50 petang.
"Mangsa telah ditemukan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang kemudiannya bertindak menggunakan seunit tali bagi menarik mangsa ke darat," katanya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki warga Singapura Yogaraj Veeran, 37, ditemukan lemas dan telah dibawa ke pesisir pantai oleh orang awam, sementara seorang lelaki tempatan K Anpananthan, 39, berjaya menyelamatkan diri.
Mohd Alias berkata pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 2.37 petang sebelum sebuah jentera Light Fire Rescue Tender dan sebuah Toyota Hilux dengan kekuatan tujuh anggota digegaskan ke lokasi kejadian.
"Mayat kedua-dua mangsa yang datang dari Johor Bahru telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," tambahnya.
Beliau berkata operasi ditamatkan sepenuhnya pada 6.21 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki warga India
#hilang
#ditemukan lemas
#Pulau Mawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan