awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BN tidak ambil mudah saingan PRK Kinabatangan, Lamag - Ahmad Maslan
Haba lautan dunia cecah rekod tertinggi pada 2025 - Analisis saintis
Bursa Malaysia ditutup tinggi, indeks komposit cecah paras tertinggi lebih daripada enam tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lemas ketika cuba selamatkan bapa jatuh sungai

Sinar Harian
Sinar Harian
06/04/2024
06:58 MYT
Lemas ketika cuba selamatkan bapa jatuh sungai
Anggota JBPM mengangkat mayat mangsa berusia 21 tahun yang ditemukan lemas di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Jumaat. -Foto ihsan JBPM
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pemuda mahu menyelamatkan bapanya yang tergelincir ke dalam sungai berakhir tragedi apabila ditemukan maut.
Mangsa, 21, disahkan maut selepas mayatnya ditemui pasukan penyelamat jam 12.59 tengah hari.
Komander Operasi, Mohamad Iqbal Zakaria berkata, kejadian berlaku di Jalan Klang Lama berhampiran kondominium Avant Court, dekat sini pada Jumaat.
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan jam 11 pagi, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.
"Seramai 10 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dengan bantuan Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) BBP Jalan Hang Tuah bergegas ke lokasi.
"Setibanya pasukan di lokasi, laporan awal daripada bapa mangsa mengatakan anaknya itu cuba menyelamatnya yang tergelincir ke dalam sungai, namun dia pula lemas dibawa arus," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kata beliau, kerja-kerja pencarian oleh unit PPDA dengan jarak tebing ke tengah sungai sejauh enam meter.
Tambahnya lagi, kedalaman sungai dianggarkan satu hingga tiga meter, manakala radius pencarian seluas 10x6 meter persegi dengan menggunakan kaedah selaman.
Jelasnya, mangsa berjaya ditemukan jam 12.59 tengah hari dan diserahkan kepada pihak polis yang berada di lokasi," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalan Klang Lama
#maut cuba selamatkan bapa
#PPDA
#Balai Bomba dan Penyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan