awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Tabung Haji sasar 1,941 penerima zakatnya tahun ini

Bernama
Bernama
23/05/2017
23:20 MYT
Lembaga Tabung Haji sasar 1,941 penerima zakatnya tahun ini
TH juga turut melaksanakan Program Ziarah Kasih Ramadan yang dikendalikan Yayasan TH di 50 lokasi seluruh negara sempena bulan Ramadan tahun ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) menyasar seramai 1,941 orang menerima sumbangan zakat melalui Program Ehsan untuk tahun ini.
Pengurus Besar Kanan Bahagian Sumber Manusia TH, Mohd Hisham Harun berkata TH telah memulakan siri jelajah Program Ehsan bermula hari ini dengan memberi sumbangan sebanyak RM70,000 kepada 140 orang yang terdiri daripada fakir miskin, warga emas, ibu dan bapa tunggal serta orang kelainan upaya (OKU) yang miskin tegar di Bangunan TH di sini.
"Program Ehsan ini adalah satu dari program CSR TH bersempena bulan Ramadan yang bertujuan membantu golongan fakir miskin di seluruh negara dan merupakan platform terbaik buat TH mendekati para penerima selain mengeratkan lagi ikatan silaturahim dengan komuniti setempat," katanya.
Beliau berkata TH juga turut melaksanakan Program Ziarah Kasih Ramadan yang dikendalikan Yayasan TH di 50 lokasi seluruh negara sempena bulan Ramadan tahun ini.
"Program ini menunjukkan keprihatinan TH terhadap keperluan masyarakat Islam setempat khususnya golongan asnaf," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Ehsan
#Tabung Haji
#zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan