awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembah Klang paling teruk terjejas dengan jerebu

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2015
00:09 MYT
Lembah Klang paling teruk terjejas dengan jerebu
Selangor merupakan negeri paling teruk terjejas sejak tengah malam tadi dengan bacaan IPU tertinggi dicatatkan di Banting. Foto AFP / MANAN VATSYAYANA
Lembah Klang paling teruk terjejas dengan jerebu, apabila semua kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga 6 pagi tadi.
Selangor merupakan negeri paling teruk terjejas sejak tengah malam tadi dengan bacaan IPU tertinggi dicatatkan di Banting.
Bacaan IPU di Banting melepasi paras sangat tidak sihat antara 12 tengah malam tadi sehingga 2 pagi tadi dengan bacaan antara 203 dan 211.
Bagaimanapun, bacaan pada 6 pagi tadi, ia menurun kepada 188.
Kawasan lain di Lembah Klang yang mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Batu Muda 188, Pelabuhan Klang 177, Shah Alam 166, Cheras 162.
Putrajaya pula mencatatkan bacaan 179.
Bacaan IPU di Nilai, Negeri Sembilan turut melepasi tahap sangat tidak sihat apabila ia mencatatkan 205 pada 12 tengah malam, sebelum ia menurun kepada tahap tidak sihat dengan bacaan 181, 6 pagi tadi.
Selain nilai, dua kawasan lain di Negeri Sembilan turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Seremban 177, dan Port Dickson 171.
Dua kawasan di Melaka turut mencatatkan bacaan IPU yang tinggi iaitu Bukit Rambai 177 dan Bandaraya Melaka 162.
Secara keseluruhannya, 33 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan tidak sihat.
Topic Berkaitan
#indeks penemaran udara
#IPU
#Lembah Klang
#Selangor
#tidak sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan