awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lepasan SPM 2020 boleh kemas kini di UPUOnline mulai 15 Jun

Astro Awani
Astro Awani
10/06/2021
05:11 MYT
Lepasan SPM 2020 boleh kemas kini di UPUOnline mulai 15 Jun
Pemohon boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian berdasarkan keputusan SPM 2020 kecuali program pengajian yang telah dipanggil temu duga, ujian atau kedua-duanya. - Sumber foto KPT
KUALA LUMPUR: Fasa Pengemaskinian UPUOnline akan dibuka selama tujuh hari bermula 15 Jun ini pada 12 tengah hari dan akan ditutup pada pukul 5 petang 21 Jun.
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan memaklumkan, pemohon boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian berdasarkan keputusan SPM 2020 kecuali program pengajian yang telah dipanggil temu duga, ujian atau kedua-duanya.
"Hebahan keputusan permohonan UPUOnline lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 dijangka dibuat pada minggu ketiga Julai 2021," memetik kenyataan itu.
Serentak dengan pembukaan Fasa Pengemaskinian UPUOnline bagi pemohon lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022, KPT juga akan melaksanakan program Jom Masuk IPT Virtual 2021 (JMIPT Virtual 2021) dengan kerjasama rakan strategik Universiti Malaya (UM).
"Ia bagi memastikan penyampaian maklumat berkaitan akses pendidikan tinggi tidak terjejas ketika negara sedang mendepani cabaran pendemik COVID-19.
"JMIPT Virtual 2021 melibatkan penyertaan semua Universiti Awam (UA); Politeknik; Kolej Komuniti; Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA); Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN); dan Bahagian Biasiswa, KPT," katanya.
JMIPT Virtual 2021 menyediakan 29 slot webinar, sesi ‘live chat’ dan konsultasi secara berkelompok dan individu oleh pempamer secara virtual.
KPT turut mengekalkan jaringan komunikasi sedia ada iaitu talian hotline, sistem maklum balas dan emel rasmi sepanjang program berlangsung.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SPM
#SPM 2020
#UPUOnline
#UPU
#kemas kini UPU 2021
#pengambilan universiti
#Jom Masuk IPT
#KPT
#Kementerian Pengajian Tinggi
#IPT
#pengumuman spm 2020
#keputusan spm 2020
#spm result
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan