KUALA LUMPUR: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu memanfaatkan program Jelajah Pendidikan TVET dan Kerjaya Badan Beruniform Selangor bagi mendapatkan maklumat dan panduan dalam merancang kerjaya selepas tamat persekolahan.
Pengerusi jawatankuasa penganjur Dr G Gunaraj berkata program yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 23 dan 24 Mac ini, merangkumi pelbagai sektor termasuk pertanian, penternakan serta lain-lain bidang berasaskan teknikal.
"Pelajar (lepasan SPM) tertanya-tanya apa yang mereka boleh buat selepas habis belajar serta hala tuju kerjaya. Program ini bertujuan membantu pelajar memohon kursus mengikut keinginan dan cita-cita masing- masing.
"Semua ada di bawah satu bumbung. Selain pasukan beruniform, ada juga sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pertanian, penternakan serta lain-lain yang berasaskan bidang teknikal," kata Gunaraj semasa menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa itu berkata terdapat 35 reruai akan dibuka termasuk pasukan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi.
Sementara itu, Pertubuhan Malaysia MADANI (MyMADANI) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk melaksanakan projek Bazaria MADANI sebagai pelan jangka pendek pemerkasaan perusahan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Pengerusi MyMADANI Mohd Bakhtiar Yusof berkata sebagai langkah permulaan, projek berkenaan dimulakan di Lembah Klang sebelum diperluaskan ke seluruh negara.
"Dengan kemampuan dan sokongan rakan strategik, dah sampai masanya untuk kita buat satu karnival atau expo (bazaria) dengan fokus adalah di kawasan luar bandar (kampung atau daerah), bermula pada skala kecil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Program Jelajah Pendidikan TVET dan Kerjaya Badan Beruniform Selangor diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 23 dan 24 Mac, merangkumi pelbagai sektor termasuk pertanian dan penternakan. - Gambar Bernama
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Ancaman terhadap Ahli Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
Raja Salman jalani pemeriksaan kedua dalam tempoh kurang sebulan
Raja Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas didapati mengalami peningkatan suhu badan yang tinggi dan sakit sendi.
Tema revolusihat, apa yang boleh kita jangkakan?
Minggu ini kesemua peserta The Hardest Singing Show dicabar dengan tema Revolusihat yang menggabungkan nyanyian dan juga sukan.
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Malaysia negara pertama terima, TH edar Kad Haji Nusuk
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
ProAIBI2024 anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti fokus Kelestarian Alam Bina
ProAlBi 2024 tahun ini memperkenalkan segmen baru dengan kolaborasi antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.
TVET perlu jadi pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara - TPM
Katanya, kursus TVET perlu dijadikan pilihan utama pelajar dan ibu bapa untuk pendidikan di peringkat tertiari.
Latihan berkaitan AI, TVET harus ditingkatkan supaya negara tidak ketinggalan - PM Anwar
Semua pihak pelaksana terutamanya kementerian diminta memberi fokus melatih golongan anak muda mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) supaya negara tidak ketinggalan.
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Banyak usaha Kerajaan Perpaduan bantu masyarakat India - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata banyak usaha dilakukan Kerajaan Perpaduan untuk membantu masyarakat India.