awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen program bantuan MyLesen bukan tiket jadi 'raja jalanan' - JPJ

Bernama
Bernama
12/10/2025
21:10 MYT
Lesen program bantuan MyLesen bukan tiket jadi 'raja jalanan'  - JPJ
Sayed Azmee menyampaikan replika Lesen Memandu Percubaan (Probationary Driving Licence) Kelas B2 kepada peserta lelaki paling senior pada Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) Kelas B2. - Foto BERNAMA
SIBU: Peserta Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) Kelas B2 diingatkan agar tidak menyalahgunakan lesen yang diterima sebagai 'tiket' untuk menjadi raja jalanan atau terlibat dalam aktiviti lumba haram.
Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Nor Azlan Ibrahim berkata lesen memandu adalah amanah dan simbol kepercayaan, bukannya lesen bebas untuk menunggang motosikal sesuka hati atau melakukan ubah suai haram.
"Lesen ini bukan kampu hijau untuk berlumba, menunggang secara berbahaya atau mengubah suai motosikal secara haram atau tanpa cukai jalan. Kita tidak mahu anak muda yang diberi peluang akhirnya terjebak dalam kancah kebinasaan," katanya pada Majlis Penutupan Program MyLesen Kelas B2 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka 2025 di Dewan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, pada Ahad.
Beliau mengingatkan keseronokan sementara boleh membawa padah, termasuk kecederaan, kehilangan nyawa dan tindakan undang-undang.
Nor Azlan turut menegaskan JPJ tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen MyLesen sekiranya penerimanya terbabit dalam lumba haram atau aktiviti rempit.
Seramai 1,114 peserta daripada golongan B40 DUN Nangka menyertai program itu yang disempurnakan Setiausaha Politik Premier Sarawak, Sayed Azmee Wan Junaidi mewakili ADUN Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyLesen
#Program Bantuan Lesen Memandu
#kelas B2
#JPJ Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan