awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat pendaki ditemukan maut di Greece
Pesta Pulau Pinang jadi tumpuan, tawar pelbagai tarikan
Google benarkan tukar nama akaun Gmail, terhad 3 kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letup mesin ATM, tapi gagal larikan wang

Bernama
Bernama
25/09/2015
10:47 MYT
Letup mesin ATM, tapi gagal larikan wang
Dalam kejadian 4.19 pagi itu, separuh daripada dinding kaca bilik yang menempatkan mesin ATM tersebut turut pecah. - Foto hiasan
Dua individu dipercayai meletupkan dua buah mesin juruwang automatik (ATM) milik sebuah bank di Taman Midah di sini pagi Jumaat namun mereka tidak dapat melarikan wang yang terdapat dalam mesin tersebut.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata dalam kejadian 4.19 pagi itu, separuh daripada dinding kaca bilik yang menempatkan mesin ATM tersebut turut pecah.
Beliau berkata kejadian tersebut disedari pengawal keselamatan yang berada dalam ruang pejabat bank berkenaan yang ternampak dua lelaki dalam lingkungan 20-an sedang melakukan sesuatu kepada mesin berkenaan.
"Pengawal keselamatan itu kemudiannya menghubungi pihak polis dan pada masa yang sama dia terdengar bunyi letupan dan alat penggera di bank itu segera berbunyi. Pengawal tersebut kemudiannya melihat kedua-dua suspek melarikan diri," katanya.
Chong berkata pemeriksaan kemudiannya mendapati tiada wang dalam mesin yang rosak itu hilang.
Topic Berkaitan
#ATM
#Chong Kok Sin
#kecurian
#Ketua Polis Daerah Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan