Polis telah mengenalpasti identiti tiga lelaki yang maut dalam insiden letupan gas di CityONE Megamall, Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ng Ah Lek berkata mereka dikenalpasti sebagai O Kui Lim, 49 tahun, dan Tchee Kiom Joong, 24 tahun, dari Kuching.

Seorang lagi mangsa Chin Hsien Loong, 29 tahun, dari Butterworth, Pulau Pinang.

Dua daripada mangsa dipercayai pekerja Nene Chicken, sebuah restoran dalam CityONE Megamall itu.

BACA: Letupan di CityONE Megamall, Sarawak

BACA: 'Meja terbang ke siling' - Saksi cerita detik ngeri letupan CityONE Megamall

Mereka disahkan mati di tempat kejadian disebabkan terhempap struktur bangunan semasa letupan berlaku pada 3.30 petang Selasa.

28 orang turut cedera, termasuk empat yang parah.